Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun mengalami patah tulang selangka dan luka di bahagian badan apabila melanggar sisi depan sebuah kereta di Jalan Wakaf Aik, Bachok petang semalam.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Muhamad Ismail Jamaluddin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang itu turut menyebabkan kemalangan antara sebuah keereta Perodua Myvi dan Proton Exora.